Imam 12 yang 
diagungkan oleh puak Syi'ah
Dalam solat, 
kita sentiasa memohon kepada Allah agar dikaruniakan hidayah atau petunjuk 
kepada Shirathal Mustaqim (jalan yang lurus). Sebuah permohonan yang paling 
penting dan sangat dituntut bagi seorang hamba. Kerananya, seorang hamba 
diwajibkan berdoa kepada Allah memohon hidayah ini pada setiap rakaat dalam 
solatnya, kerana perlunya dia kepada hidayah 
tersebut.
Hidayah yang 
dimaksud dalam ayat adalah petunjuk taufiq kepada jalan yang boleh menghantarkan 
kepada Allah dan surga-Nya. Iaitu petunjuk untuk menjalankan ajaran lengkap ini 
dengan ilmu dan amal. Bentuknya, mengetahui kebenaran dan mengamalkannya, 
demikian yang dijelaskan Syaikh Abdul Rahman bin Nashir bin al Sa'di dalam 
tafsirnya.
Jalan petunjuk 
ini telah ditempuh oleh para nabi, shiddiiqiin, syuhada', dan orang-orang yang 
soleh. Dan mereka itulah teman yang 
sebaik-baiknya.
Syaikhul Islam 
Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam Minhaj al Sunnah jilid pertama juga menjelaskan 
demikian. Bahawa Shirathal Mustaqim dalam QS. Al-Fatihah: 7, merangkumi dua 
perkara: mengetahui kebenaran dan mengamalkannya. Lalu beliau menyimpulkan, 
bahawa orang yang keluar dari Shirathal Mustaqim hanya mengikuti prasangka dan 
hawa nafsu. Inilah ciri-ciri ahli bid'ah, di antaranya kaum Syi'ah 
Rafidlah.
Sesungguhnya 
kesesatan bersumber dari dua sebab, Iaitu jahil dan mengikut hawa nafsu. Jahil 
adalah perilaku orang Nashrani yang meninggalkan kebenaran kerana bodoh dan 
tersesat. Sedangkan mengikuti hawa nafsu adalah perangai orang Yahudi yang 
mengetahui kebenaran lalu meninggalkannya. Kerananya, kita berdoa agar tidak 
dijadikan seperti mereka, ". . . bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan 
(pula jalan) mereka yang sesat." (QS. Al Faatihah: 
7)
Mereka yang 
dimurkai adalah orang Yahudi. Sedangkan mereka yang sesat adalah orang Nashrani. 
Dan Syi'ah menyerupai Yahudi dalam keburukan dan mengikut hawa nafsu; dan 
menyerupai Nasrani dalam masalah ghuluw (melampai batas) dan 
kebodohan.
Imam Asy-Sya'bi 
memiliki beberapa perkataan tentang Syi'ah 
Rafidlah:
§  Kalau seandainya 
Syi'ah dari jenis binatang, ia sebagai 
keledainya.
§  Kalau dari jenis 
burung, ia sebagai burung rukham.
§  Bersedia membayar berapa saja pada 
orang yang mahu membuat riwayat dusta tentang 
Ali.
§  Masuk Islam 
disebabkan kebencian terhadap pemeluknya.
Kesamaan Antara 
Syi'ah Dengan Yahudi :
Ø  Orang Yahudi 
mengatakan yang layak memegang kekuasaan adalah keluarga Dawud. Sedangkan kata 
Syi'ah; tidak layak menduduki imamah (kekuasaan) kecuali  anak 
turun 'Ali bin Abi Thalib (Ahlul Bait).
Ø  Orang Yahudi 
meyakini tidak ada jihad di jalan Allah sehingga al-Masih Ad-Dajjal keluar dan 
membawa pedang yang diturunkan di tangan dari langit. Sedangkan orang Syi'ah 
berkeyakinan tidak ada jihad di jalan Allah sehingga Imam Mahdi (Imam kedua 
belas mereka) keluar dan ada yang mengomando dari 
langit.
Ø  Orang Yahudi 
mengakhirkan solat sampai munculnya bintang-bintang. Sedangkan orang Syi'ah 
Rafidlah mengakhirkan solat Maghrib sampai munculnya 
bintang-bintang.
Ø  Mereka 
menyimpangkan dan merubah kitab Taurat. Sedangkan Rafidlah menyimpangkan dan 
mengubah kitab suci Al-Qur'an.
Ø  Dalam Syari'at 
Yahudi, wanita yang ditalak (cerai) tidak memiliki 'iddah. Begitu juga yang 
diterapkan orang Syi'ah dalam nikah mut'ah.
Ø  Orang Yahudi 
tidak murni dalam mengucapkan salam kepada kaum mukminin, Iaitu dengan as-sam 
'alaikum (kematian atas kalian). Begitu juga perilaku Syi'ah Rafidlah terhadap 
kaum mukminin selain golongan mereka, khususnya Ahlus 
Sunnah.
Ø  Orang Yahudi 
mengharamkan ikan yang tidak bersisik dan belut. Mereka juga mengharamkan 
kelinci (mermut), kancil, limpa dan biawak. Begitu juga golongan Syi'ah Rafidlah 
mengharamkan semua itu.
Ø  Orang Yahudi 
mengingkari bolehnya mengusap khuf (kaos kaki/sepatu slop) dalam bersuci. Begitu 
juga Rafidlah.
Ø  Orang Yahudi 
menghalalkan harta seluruh manusia selain golongan mereka, boleh menipu mereka 
dan menghalalkan darah mereka. Begitu juga Syi'ah Rafidlah terhadap golongan 
selain mereka, khususnya terhadap Ahlu Sunnah.
Ø  Orang Yahudi 
membenci Malaikat Jibril 'alaihis salam. Mereka mengatakan: "ia musuh kami dari 
golongan Malaikat." Sedangkan golongan Syi'ah Rafidlah mengatakan 
malaikat  Jibril 'alaihis salam telah salah alamat ketika 
menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam, yang 
seharusnya disampaikan kepada Ali bin Abi Thalib.
Ø  Orang Yahudi 
tidak mengakui thalaq (perceraian) wanita 
kecuali di kala haid. Begitu juga Rafidlah mengakui thalaq ketika si wanita 
dalam keadaan haid.
Ø  Yahudi tidak 
memberikan mahar bagi pasangan wanita mereka, mereka hanya memberikan mata' pada 
mereka. Seperti itulah perilaku Rafidlah dalam nikah 
mut'ah.
Ø  Mereka sedikit 
menceng dari kiblat dan mengangguk-angguk dalam shalat. Begitu juga Syi'ah 
Rafidlah.
Ø  Orang yahudi 
dibenarkan menipu orang kafir (selain golongan mereka), kalau perlu bersikap 
bersikap munafik (dua muka) terhadap mereka. Begitu juga orang Yahudi yang 
murtad akan diperlakukan seperti orang kafir, kecuali jika dilakukan hanya untuk 
berpura-pura (taqiyyah) saja untuk mengelabuhi orang lain. Itulah konsep ajaran 
taqiyyah Syi'ah Rafidlah.
Kesamaan Syi'ah 
Dengan Nasrani
Nasrani meyakini 
kaum Hawariyun dan pengikut Nabi Isa lebih mulia dari Nabi Ibrahim dan Musa, 
bahkan lebih mulia dari seluruh Nabi dan rasul. Mereka juga meyakini kaum 
Hawariyun adalah rasul yang diajak bicara langsung oleh Allah. Bahkan mereka 
berkata: "Allah adalah al-Masih dan al-Masih adalah adalah anak Allah." 
Sedangkan Syi'ah Rafidlah meyakini imam dua belas lebih mulia dan utama daripada 
sahabat Muhajirin dan Anshar. Bahkan golongamn ekstrim mereka para imam lebih 
mulia daripada para Nabi, karena mereka memiliki sifat ketuhanan sebagaimana 
keyakinan kaum Nasrani terhadap al-Masih.
Nasrani meyakini 
bahwa agama ini diserahkan kepada para pendeta dan rahib. Halal adalah apa yang 
mereka halalkan, dan haram adalah apa yang meraka haramkan. Dan agama adalah apa 
yang mereka syari'atkan. Sedangkan kaum Syi'ah Rafidlah meyakini bahwa dien ini 
diserahkan kepada para imam, halal dan haram sesuai ketentuan mereka dan agama 
adalah apa yang mereka syariatkan.
Kelebihan Yahudi 
Dan Nashrani Atas Syi'ah Rafidlah:
·         Menurut Yahudi; 
orang yang paling baik adalah sahabat Nabi Musa 'alaihis 
salam.
·         Menurut Nasrani; 
orang paling baik adalah sahabat Nabi Isa 'alaihis salam, hawariyyun, penolong 
nabi Isa 'alaihis salam.
·         Sedangkan 
menurut Syi'ah; orang yang paling buruk adalah sahabat Rasulullah shallallahu 
'alaihi wasallam. Mereka diperintahkan untuk beristighfar (memintaka ampun) 
untuk para sahabat, tapi mereka malah mencela para sahabat dan menghunuskan 
pedang kepada mereka sampai hari kiamat
 
yang membuat situs ini sesat, abunya abu Jahal
BalasPadam