Akhir-akhir ini terdapat kecenderungan sebahagian umat Islam
mencemuh dan mengutuk para sahabat Nabi r.hum. seperti Sayyidina Abu Bakar,
Umar, Uthman dan lain-lain, bahkan lebih parah lagi melabelkan sahabat-sahabat
tersebut sebagai munafiq dan kafir. Mereka melontarkan tuduhan bahawa sahabat
menyembunyikan fakta-fakta penting agama dan juga menyelewengkan al-Quran.
Mereka meragui kebenaran dan kesahihan ajaran Islam yang ada pada hari ini
kerana ianya dibawa oleh sahabat Nabi s.a.w yang dikatakan munafik dan kafir dan
sebagai alternatif mereka cuba menampilkan satu bentuk ajaran lain (Syiah) yang
kononnya datang dari anak cucu Nabi s.a.w. (Ahlul bait)
Risalah ini bertujuan
untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada masyarakat
mengenai fahaman
Syi‘ah* supaya mereka menjauhi dan tidak terpengaruh dengan
fahaman tersebut
dan juga bertujuan untuk menyedarkan mereka yang terbabit
bahawa fahaman
Syi‘ah adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
“Individu yang
dikatakan Imam oleh golongan Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi imam
atau mengajar segala ajaran yang dipegang oleh Syi’ah. Mereka diangkat sebagai
Imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangkat Nabi Isa a.s.
sebagai anak tuhan (walhal Nabi Isa a.s. sendiri tidak pernah mengaku menjadi
anak tuhan).”
SIAPAKAH SYI‘AH?Syi‘ah ialah golongan yang
mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mereka
mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang sahaja. Inilah perkara pokok
yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan yang lain. Terdapat
beberapa aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri tetapi pada dasarnya masing-masing
mempunyai konsep yang tersebut di atas iaitu mengkafirkan sahabat. Risalah ini
akan memberikan tumpuan kepada Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah (Syiah Imam
12) kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah
berhubung dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah. Syi‘ah inilah yang
dipertikaikan oleh para ‘ulama’ di setiap tempat pada masa ini. Mereka adalah
ramai bilangannya dan agak popular terutamanya selepas tercetusnya revolusi
Iran.
SYI‘AH IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAHSyi‘ah Imamiyyah
Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai 12 orang imam yang dilantik oleh
Allah secara berturutan seperti di bawah ini:-
1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat
40 H)
2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4.
‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali
Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat
148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha
bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat
220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali
al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib
260 H)
Muzakarah Jawatankuasa FatwaMajlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama
Islam dalam keputusannya yang bertarikh 5 Mei 1996 telah mewartakan kesesatan
Syi‘ah dan mengharamkan pengamalannya di Malaysia. Antara negeri yang telah
mewarta dan
mengharamkan Syi‘ah;
Selangor:
19 Januari
1998
W.Persekutuan:
3 April 1997
Terengganu:
25 September 1997
P.
Pinang:
16 Januari 1997
N.Sembilan:
12 Mac
1998
Kelantan:
September 1987
Rujukan Lanjut:
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html
Lakaran
Imam 12 Syi`ah
Implikasi Sekiranya Ajaran Syiah Menular
Terhadap:Agama Islam: Asas-asas agama Islam seperti al-Quran dan
Sunnah ditolak. Islam diberi gambaran yang buruk.
Kerajaan: Jatuhnya kerajaan
seperti Iraq dan Iran. Umat Islam Ahlus Sunnah akan dizalimi, dianiayai dan
didiskriminasi.
Ummah: Perpecahan, persengketaan malah pembunuhan akan
berlaku di kalangan ummah.
Keluarga: Keruntuhan rumahtangga, perbalahan
antara anggota keluarga dan lain-lain.
AMALAN-AMALAN DAN AJARAN
SYI`AH YANG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA DAN FITRAH
MANUSIA(Bersumberkan Kitab-Kitab Syiah)*Imam
Ja’far as-Sadiq berkata: “Pada tanah perkuburan Husain a.s. terdapat
penawar
daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar.” (Man
La
Yahdhuru al-Faqih j.2 hal. 600, Tahzib al-Ahkam j.2 hal. 26)
*Abu Hasan
a.s. berkata: “Aurat itu ada dua iaitu qubul (kemaluan) dan dubur,
dubur
ditutup oleh dua papan punggung, apabila telah ditutup kemaluan dan
dua
telurnya maka auratnya telahpun ditutup.” (Al-Furu’ min al-Kaafi j.6
hal.51, Tahzib
al-Ahkam j.1 hal. 374)
*Imam Hassan al-Askari berkata:
“Sesungguhnya ibu-ibu kami tidak
mengandungkan kami para imam di dalam perut
mereka tetapi dipinggang dan
kami dilahirkan bukan melalui rahim tetapi
melalui paha sebelah kanan kerana
kami adalah titisan cahaya Allah yang
bersih dan dijauhkan daripada sebarang
kotoran.” (Bihar al-Anwar j. 51 hal.
2, 13, dan 17, I`lam al-Wara hal. 394)
*Khomeini berfatwa: “Mengikut pendapat
yang kuat dan masyhur harus
menyetubuhi isteri pada dubur walaupun hal itu
tidak disukai.” (Tahrir al-Wasilah
masalah ke 11 hal. 241)
*Abu Hasan
bertanya Ja’far as-Sadiq tentang menyewa faraj, meminjamnya dan
menghadiahkan
kepada sahabat-sahabat lalu beliau berkata: “Tidak mengapa.” (AlIstibsar j. 3
hal. 141)
*Memenuhi kehendak syahwat seperti meraba dengan penuh syahwat,
memeluk,
mengacukan kemaluan ke paha kanak-kanak termasuk ke paha bayi yang
masih
menyusu adalah diharuskan. (Khomeini, Tahrir al-Wasilah j. 2 hal.
216)
*Tafsiran pelik Syi’ah antaranya ayat 19,20 surah ar-Rahman yang
bermaksud: “Dia
biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir,
sedang keduanya pula
bertemu, Di antara keduanya ada penyekat yang
memisahkannya, masing-masing
tidak melampaui sempadannya”. Imam tafsir Syi’ah
Ali bin Ibrahim al-Qummi
menukilkan riwayat daripada Ja’far as-Sadiq,
katanya: “Ali dan Fatimah adalah dua
laut yang dalam salah satu tidak
melampaui satu lagi”. (Tafsir al-Qummi jil. 2
hal.345)
*Tulisan di atas Kaabah Syiah‘Ali Jaan’ yang
bermaksud‘Ali Adalah Kesayanganku’Kaabah
yang dibangunkan Syiah di KarbalaTANDA-TANDA SESEORANG TELAH
DIPENGARUHI / TERJEBAK DENGAN SYIAHCiri-ciri di bawah adalah
sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika
anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang
anda sayang.
* Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada
Sayyidina Abu Bakar & Umar
* Memperlekeh dan memandang rendah kepada
sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
* Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur
bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.
* Kaki tidak
dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.
* Sujud di atas batu
Karbala ketika solat.
* Menepuk paha ketika memberi salam sesudah
sembahyang.
* Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.
* Melewatkan
berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.
* Memarahi orang yang puasa
Asyura.
* Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini
(imam
mahdi).
Maklumat lanjut berkenaan Syiah boleh
didapati melalui
laman web di bawah:
1.
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html2.
http://www.abunaaielah.blogspot.com3.
http://www.tenteradajjal.blogspot.com4.
http://www.hakekat.com5.
http://www.kr-hcy.com/shia6.
http://www.ansar.org/english7.
http://www.alburhan.com/12
orang Imam dengan ciri-ciri yang tertentu. Mereka juga dikenali dengan Imamiyyah
sahaja. Nama lain bagi mereka ialah Ja’fariyyah kerana sebahagian besar ajaran
mereka dikaitkan dengan Imam Ja’far as-Sadiq. Rafidhah juga merupakan gelaran
mereka kerana fahaman-fahaman dan ‘aqidah-‘aqidahnya yang melampau.
Mereka
percaya Imam Kedua Belas (Muhammad bin Hasan al-Askari) telah ghaib dan akan
bangkit sebagai Imam Mahdi sebelum kiamat untuk menghukum Abu Bakar, Umar,
Aisyah dan sahabat2 yang lain di dalam peristiwa raj’ah (kebangkitan sebelum
kiamat).
Mereka juga percaya kepada al-bada’ (tuhan jahil), penyelewengan
al-Qur’an,
kemurtadan para sahabat termasuk Sayyidina Abu Bakar, ‘Umar,
‘Utsman r.a. dan sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang lain, kemaksuman
(tidak berdosa) para imam.
Fahaman Syi’ah dipercayai mula merebak di Malaysia
selepas kejayaan Revolusi Khomeini di Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan
fahaman ini menular ke negara ini melalui propaganda-propaganda mereka seperti
bahan cetak, teknologi internet, orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke
Iran atau yang datang dari Iran dan sebagainya.
Fahaman Syi‘ah ini semakin
tersebar luas apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah
memainkan peranan untuk menyebarkannya secara serius kepada para pelajar di
Institut Pengajian Tinggi. Pengaruh fahaman ini kian menular ke negeri-negeri di
Semenanjung Malaysia, antaranya Kedah, Kelantan, Johor, Perak, Wilayah
Persekutuan, Selangor dan lain-lain.
ANTARA AKIDAH SYI’AH YANG
MENYELEWENG DAN BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAMAGAMA SYI‘AH-
Penyelewengan Al-Quran. Golongan Syi’ah terutamanya ulama-ulama yang menjadi
paksi kepada
agama mereka beri’tiqad bahawa al-Quran yang dihimpunkan oleh
sahabat-sahabat r.a. dan berada di tangan umat
Islam sekarang telah
diselewengkan dan ditokok tambah. Antaranya Sayyid Ni`matullah al-Jazaairi
mengatakan:
“Bahawa tokoh-tokoh Syi‘ah telah sepakat tentang sahihnya
hadits-hadits yang sampai ke peringkat mutawaatir yang
menunjukkan dengan
jelas tentang berlakunya penyelewengan al-Quran (An-Nuuri At-Thabarsi, Fashlu
al-Khitaab, hal.
30). Pegangan tersebut adalah berdasarkan kepada lebih
daripada dua ribu riwayat sahih daripada imam-imam
maksum di sisi mereka yang
jelas menunjukkan berlakunya tahrif (penyelewengan) di dalam al-Quran.
AGAMA
ISLAM- Ulama-ulama Islam sepakat kepercayaan bahawa al-Quran telah diselewengkan
adakan satu
kekufuran. Ibnu Qudamah berkata: “Tiada khilaf di kalangan
orang-orang Islam pendapat tentang kufurnya orang yang
mengingkari al-Quran
sama ada satu surah atau satu ayat atau satu kalimah yang disepakati bahawa ia
adalah alQuran.” (Lam’ah al-I’tiqad Bab Al-Quran Adalah Kalam Allah jil. 1 hal.
17).
AGAMA SYI‘AH- Kepercayaan Bahawa Imam 12 Dilantik Dari Pihak Allah,
Mempunyai Sifat-Sifat Kenabian Bahkan
Imam Dianggap Lebih Tinggi Daripada
Nabi. Dinyatakan dalam Kitab `Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad
Redha
al-Muzaffar, hal. 72: Akidah Kami Tentang Imam itu Maksum Kami mempercayai
bahawa imam-imam itu seperti
nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara
daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang
tersembunyi,
semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa
sebagaimana mereka juga terpelihara daripada sifat lupa,
tersalah dan
lain-lain. Khomeini menyatakan: “Kita tidak dapat menggambarkan para imam itu
mempunyai sifat lupa
dan lalai.” (Khomeini, Al-Hukumah Al-Islamiyah, hal. 91)
Khomeini berkata lagi: “Sesungguhnya imam itu mempunyai
kedudukan yang
terpuji yang tidak sampai kepadanya malaikat yang hampir kepada Allah dan nabi
lagi rasul”. (AlHukumah al-Islamiah – hal 52)
AGAMA ISLAM- Maksum adalah
sifat khusus para nabi dan rasul. Memberikan sifat tersebut kepada orang lain
selain
dari mereka bermakna menafikan ‘akidah bahawa Nabi Muhammad s.a.w.
adalah penyudah sekalian nabi-nabi. Allah
berfirman: “Nabi Muhammad itu bukan
bapa bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah
dan
penutup Nabi-nabi.” (Al-Ahzab 40)
AGAMA SYI‘AH- Al-Bada.’ Dari segi
bahasa al-Bada’ bermaksud nyata sesuatu yang sebelumnya tersembunyi.
Menurut
akidah Syi‘ah, al-Bada’ ialah ilmu Allah berubah-ubah berdasarkan sesuatu
peristiwa yang berlaku. Dalam kata
lain, Allah mengetahui sesuatu perkara
hanya selepas berlakunya perkara tersebut. Ini bermaksud Allah jahil atau
tidak
mempunyai ilmu yang meliputi. An-Naubakhti menyebutkan bahawa Ja’afar
bin Muhammad al-Baqir telah menentukan
anaknya Ismail sebagai Imam sesudahnya
(sebagaimana ketentuan Allah kerana Syi’ah mengatakan imam-imam
dilantik dari
pihak Allah) dan beliau telah mengisyaratkan kepadanya semasa hidup lagi,
tiba-tiba Ismail mati ketika
beliau masih hidup. Maka Ja’afar pun berkata:
“Tidak pernah berlaku kepada Allah (al-Bada’) berhubung dengan
sesuatu
seperti mana berlaku kepadanya berhubung dengan Ismail anakku.” (Firaq as-Syiah
hal. 84).
AGAMA ISLAM- Ilmu Allah sejak azali adalah meliputi segala sesuatu
dan tidak berlaku sebarang perubahan
kepadanya mengikut peristiwa yang
berlaku kepada manusia. Allah menjelaskan perkara ini di dalam al-Quran alKarim:
“Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan tidak jujur) pandangan mata
seseorang, serta
mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam
hati.”(Al-Mukmin 19). Dan: “Dan sesungguhnya Allah ilmunya meliputi
segala
sesuatu”.(Al-Talaq 12).
AGAMA SYI‘AH – Taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah
merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan
dari ajaran
Syi‘ah . Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”.
Riwayat-riwayat tentang pentingnya
taqiyyah di sisi Syi’ah banyak terdapat di
dalam kitab-kitab utama mereka. Antaranya apa yang dikemukakan oleh alKulaini:
Abu Umar al-A’jami katanya Ja’far as-Sadiq a.s. berkata kepadaku “Wahai Abu
Umar, Sesungguhnya sembilan
persepuluh daripada agama itu terletak pada
Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai
Taqiyyah dan
Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu
dua khuf (al-Usul Min
al-Kafi, jil. 2 hal. 217).” Di antara hakikat taqiyyah
ialah apa yang disebutkan oleh Imam Jaa’far As-Sadiq a.s. kepada
Sulaiman bin
Khalid (perawi hadis): “Wahai Sulaiman! Sesungguhnya engkau berada di atas agama
yang sesiapa
menyembunyikannya akan dimuliakan oleh Allah dan sesiapa yang
menyebarkannya akan dihina oleh Allah.” (Al-Kafi
jil. 2, hal. 222)
AGAMA
ISLAM – Jujur dan amanah adalah merupakan ciri penting di dalam Islam sehingga
ia menjadi salah satu
syarat kesempurnaan iman. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidak beriman orang yang tidak mempunyai sifat amanah.”
(Riwayat Imam
Ahmad). Kerana itu ulama Islam di zaman lampau tidak mahu menerima riwayat yang
dikemukakan oleh Syi‘ah kerana mereka mengamalkan pembohongan. Sehubungan dengan
itu Imam Syafie berkata: “Tidak pernah
aku melihat golongan yang menurut hawa
nafsu yang lebih pembohong dari golongan Syi‘ah .” (Al-Kifayah, hal. 49,
asSuyuti, Tadrib Ar-Rawi, jilid 1, hal. 327)
AGAMA SYI‘AH – Mengkafirkan Para
Sahabat Rasulullah s.a.w. Akidah ini merupakan salah satu ciri yang tidak
dapat
dipisahkan dari ajaran Syi’ah dan memisahkannya bermakna meruntuhkan
ajaran Syi’ah itu sendiri. Al-Majlisi
mengemukakan satu riwayat berbunyi:
Kebanyakan sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq tersembunyi di
zaman
nabi. Tetapi apabila wafat Nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq itu melalui
wasiat Nabi s.a.w. dan mereka itu
kembali murtad”. (Bihar al-Anwar jil. 27,
hal 64). Al-Kulaini meriwayatkan dari Muhammad al-Baqir a.s. katanya:
“Para
sahabat telah menjadi murtad sepeninggalan Rasullullah s.a.w kecuali
tiga orang dari mereka.” Aku bertanya (kata
perawi): “Siapakah yang tiga
itu?” Abu Jaafar menjawab: “Miqdad bin al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman
al-
Farisi.”(ar-Raudhah Min al-Kafi, jil. 8 hal 245)
AGAMA ISLAM –
Keadilan dan kedudukan sahabat yang tinggi adalah jelas berdasarkan al-Quran.
Antaranya: “Dan
orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan
memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan
“Ansar” dan orang-orang
yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha
akan
mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk
mereka syurga-syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, mereka kekal
di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar”.(at-Taubah
100).
Mengingkari yang sahabat adalah adil bererti mengingkari al-Quran.
AGAMA
SYI‘AH – Menghalalkan Nikah Mut’ah. Nikah Mut’ah adalah sebenarnya perzinaan di
atas nama Islam.
Nikah Mut’ah ialah satu bentuk perkahwinan kontrak tanpa
wali dan saksi, untuk suatu tempoh waktu tertentu dengan
sedikit maskahwin
sahaja dengan tiada sebarang tanggungjawab, nafkah, pusaka dan perkara-perkara
lain yang
berkaitan dengan perkahwinan biasa. (al-Kafi jilid 5, ms 286),
Perkahwinan ini semata-mata berlandaskan nafsu dan
untuk berseronok. Boleh
dikahwini sehingga seribu wanita (Wasaailu As Syiah jil. 14 hal. 480).
Diriwayatkan daripada
Muhammad Al-Baqir berkenaan mut’ah katanya: “Ianya
bukan termasuk daripada empat (isteri). Mereka tidak
diceraikan dan tidak
mewarisi. Mereka hanyalah perempuan yang disewakan.” (al-Kafi jilid 5, ms 284).
Tidak
menganggap halal mut’ah seolah-olah tidak beriman. Diriwayatkan
daripada Muhammad al-Baqir katanya: “Bukan dari
kalangan kami orang yang
tidak mempercayai raj’ah dan tidak menganggap halal mut’ah kita”. (Man La
Yahduruhu alFaqih jil.3 hal 458)
AGAMA ISLAM – Nikah Mut’ah yang diamalkan
oleh Syi’ah tiada bezanya dengan perzinaan dan pelacuran di
samping
merendahkan martabat wanita serendah-rendahnya. Kerana itu ia telah diharamkan
oleh Nabi Muhammad
s.a.w buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi
hadits-hadits sahih sebelum Baginda wafat melalui
beberapa orang sahabat dan
salah seorangnya adalah Saidina Ali sendiri seperti katanya: “Bahawa Rasulullah
s.a.w.
melarang nikah mut’ah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga
memakan daging keldai kampung.” (Riwayat
Ibn Majah dan
al-Nasa’i)
Gambar-Gambar Sekitar Perayaan Kufur Syi`ah Tatkala Menyambut 10
Muharram
BAGAIMANA AJARAN SYIAH DISEBARKAN DALAM
MASYARAKAT1. Menghantar pelajar-pelajar dari Iran ke Universiti
Awam dan Swasta
2. Menyiarkan artikel berbau Syiah di akhbar perdana dan
majalah-majalah
3. Menyebarkan risalah dan buku-buku propaganda Syiah di
tempat awam
4. Menyertai expo-expo terutamanya anjuran badan-badan
Islam
5. Meresapi dalam jemaah-jemaah Islam
6. Menganjurkan kelas-kelas
tahfiz dan terlibat dalam sistem pendidikan bermula dari pra sekolah.
7.
Berkahwin dengan pemuda-pemudi Sunni
8. Bergerak aktif di alam siber dengan
menyebarkan
dakyah Syiah dan berdebat di forum-forum
sunni
Nota: Sebarluaskan risalah ini jika anda prihatin terhadap
ancaman yang melanda akidah umat Islam.Berikut dikepilkan
bersama beberapa video sebagai pencerahan buat tatapan kalian. Semoga
jelas.