Artikel ini saya kongsikan daripada note facebook sahabat saya. Moga dapat memberi ilmu kepada pembaca sepertimana ianya memberi ilmu kepada saya. Wallahua’lam.
Ajaran Syiah pada hakikatnya adalah satu ajaran yang dirancang dan disusun sekian lama oleh musuh-musuh Islam. Ia merupakan hasil dan buah daripada pokok-pokok beracun yang ditanam oleh musuh-musuh Islam di bumi Islam. Syiah lahir oleh seorang Yahudi yan berpura-ura memeluk Islam bernama Abdullah Bin Saba’.
Siapakah Abdullah Bin Saba’ ?
Abdulah bin Saba’ adalah seorang pendita Yahudi dari Yaman. Berpura-pura masuk Islam (secara nifak) di zaman Khalifah ‘Uthman bin Affan
radiallahu ‘anhu. Dialah pereka ajaran Syiah yang ekstrem yang menjadi punca bersemaraknya perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam terutama dalam kelompok Syiah itu sendiri. Abdullah bin Saba’ pernah berkata yang ditujukan kepada Khalifah Ali
radiallahu ‘anhu:
“Engkaulah Allah”. Maka Saiyidina Ali karamallahu wajhah mengisytiharkan bunuh terhadap Abdullah bin Saba’ tetapi ditegah oleh Ibn Abbas. Penyokong Saiyidina Ali karamallahu wajhah membuangnya ke Madain (Ibu Negeri Iran lama).
Abdullah bin Saba’ orang pertama mengkafirkan Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Uthman dan tidak mengiktiraf kekhalifahan kecuali hanya dari kalangan Ahli Bait”.[Sila rujuk Usul Mazhabi asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithna 'Asyariah. (1/74). ]
Seorang ulama Syiah Muhammad Husin al-Zain pernah memperkatakan tentang Abdullah bin Saba’:
“Abdullah bin Saba’ mengeluarkan qaul (yang sesat), mengajarkan fahaman yang ghalu (keterlaluan)….. dan perbuatannya sangat melampaui batas”. [ Sila rujuk
الشيعة فى التاريخ Hlm. 213. Muhammad Husin al-Zain ]
Saad bin Abdullah al-Qumy seorang ulama, pemimpin serta ahli hukum Syiah yang lahir pada 229H mengakui wujudnya Abdullah bin Saba’. Beliau menyebut beberapa nama orang yang berkonspirasi yang digelar sebagai Saba’iyah. Menurut beliau lagi bahawa komplot Saba’iyah adalah firqah pertama dalam Islam yang mengeluarkan perkatan-perkataan yang ghalu (keterlaluan).
Saad bin Abdullah al-Qumy ulama besar Syiah yang masyhur ini telah memastikan bahawa Abdullah bin Saba’ adalah orang yang mengeluarkan perkataan dan menampakkan dirinya mengecam dan menentang Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Uthman
radiallahu anhum serta tidak mengiktiraf kekhalifahan mereka. [ Sila rujuk Usul Mazhabi asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithna 'Asariyah. (1/74). ]
Pegangan Syiah Imamiyah yang ada sekarang adalah berasaskan ideologi dan doktrin sesat Abdullah bin Saba’. Fahaman ini disampaikan (dipelihara) dalam bentuk riwayat hadis yang dinasabkan kepada keluarga Nabi (Ahli Bait) dengan penuh kebohongan tetapi diterima oleh mereka yang jahil.
Walaupun golongan Syiah hari ini menafikan hubungannya dengan ajaran yang dibawa oleh Ibnu Saba‟ dan rakan-rakannya namun penafian itu tidaklah membawa apa-apa erti jika persamaan di antara kedua-duanya diketahui dan diakui oleh umum termasuk pengikut Syiah sendiri. Lihatlah kepada at-Thusi, seorang tokoh ulama‟mutaqaddimin Syiah, beliau dianggap sebagai tokoh yang mendalam ilmunya tentang riwayat dan rijal menuliskan di dalam kitabnya yang dianggap sebagai kitab yang terpenting tentang Rijal Syiah yang dikenali dengan `Rijal Kasyi‟.
Sebahagian ahli ilmu menyebut bahawa Abdullah Ibnu Saba‟ adalah seorang Yahudi yang kemudiannya memeluk Islam dan membela Sayyidina Ali A.S. Semasa beragama Yahudi dia berpendapat Yusya‟ bin Nun merupakan Washi bagi Nabi Musa secara ekstrim. Setelah dia masuk Islam (secara pura-pura), fahaman yang sama dibawakan tentang Ali sebagai Washi bagi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wassallam sepeninggalan Baginda Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wassallam. Dialah orang yang mula-mula mengisytiharkan kewajiban melantik Ali sebagai Imam, menyatakan secara terbuka penentangannya terhadap musuhmusuh Ali dan berlepas diri dari mereka bahkan mengkafirkan mereka. Dari sinilah orang yang menentang Syiah mengatakan punca ajaran Syiah dan Rafidhah ialah Agama Yahudi.
Di antara tokoh-tokoh Syiah yang juga telah menyebutkan perkara yang sama ialah an-Naubakhti dalam “Firaq asy-Syiah” (hal. 43-44), al-Hulli dalam “Kitab al-Rijal” (hal. 469), Mamaqami seorang tokoh ulamak mutaakhir Syiah tentang Rijal dalam kitabnya “Tanqihu al-Maqal” Jilid 2 hal. 184), al-Ustarabadi dalam kitab “Manhaju alMaqal” (hal. 203), Ibnu Abi al-Hadid dalam “Syarah Mahju al-Balaghah” (Jilid 2 hal.309), Syeikh Abbas al-Qummi dalam kitabnya “Tuhfatu al-Ahbab” (hal. 184) dan lainlain.
Di kalangan tokoh-tokoh ahli Sunnah pula yang menyebutkan ajaran Ibnu Saba‟ dan peranannya dalam memecahbelahkan umat Islam ialah Abu Hasan al-Asyaari dalam “Maqalat al-Islamiyin” (Jilid 1 hal. 50), Abdul Qahir al-Baghdadi dalam “al-Farqu Baina al-Firaq” (hal. 233-235), al-Isfiraini dalam “at-Tabsir fi ad-Din” (hal. 108-109), Syahrastani dalam “al-Milal wa an-Nihal” (Jilid 2 hal. 11), at-Tabari dalam “Tarikh alUmam wa al-Muluk” (Jilid 5 hal. 90), Ibnu Kathir dalam “al-Bidayah wa an-Nihayah” (Jilid 7 hal. 167), Hafiz Ibnu Hajar dalam “Lisan al-Mizan” (Jilid 3 hal. 289) dan lainlain. (lihat lampiran no. 2).
Dalam penulisan kali ini, pendedahan akan dibuat akan kesesatan Syiah dari sudut aqidah dan syariat. Penulisan ini adalah berdasarkan KITAB-KITAB SYIAH sendiri. Khususnya Kitab Usul Kahfi oleh Muhammad Bin Yaakub Al Kulaini. Puak Syiah menolak hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan kesemua sunan sittah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Bagi Syiah Usul Khafi adalah hadis yang PALING SAHIH. Tetapi pada sudut Ahlus Sunnah Wal Jamaah, kitab tersebut mengandungi hadis palsu ciptaan ulama Syiah.
Dalam kitab-kitab hadis palsu Syiah, mereka banyak berdusta atas nama Saiyidina Ali karamallahu wajhah, Saiyidna Husein ra, Imam Jaafar As Sadiq, Muhammad Al Bair dan lain-lain nasab Saiyida Hussein. Mereka mengatakan kononnya hadis-hadis yang mereka kumpul dalam kitab mereka adalah dari nama-nama yang mereka sebut. Ini adalah suatu FITNAH yang nyata.
1. SYIRIK kepada ALLAH.
1.1 Dari kitab Ushul Kafi karangan Muhammad Bin Yaakub al-Kulaini meriwayatkan :
“Sesungguhnya
dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya di mana dikehendaki dan memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Itu adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya.”
Berdasarkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, ALLAH berfirman dalam Al Quran Surah Al A’raf ayat 128.
“Sesungguhnya bumi ini kepunyaan ALLAH. Diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya dari hamba-hamba NYA”.
Dalam kitab Kitab Rijal al-Kasyi, hlm. 211, Syiah meriwayatkan
kononnya Saidina Ali R.A. berkata :
“Akulah yang awal dan yang akhir, akulah yang zahir dan akulah yang batin, akulah pewaris bumi…
Ini nyata bertentangan dengan Surah Hadid ayat ke 3, ALLAH berfirman :
“DIA (ALLAH) lah yang awal dan akhir, yang zahir dan yang batin”
Dan banyak lagi.
2. At Tahrif fi Al Quran
Syiah beriktiqad bahawa Al-Qur‟an yang ada di tangan umat Islam sekarang
sudah diubah, ditokok tambah dan diselewengkan. Di antara ulamak Syiah yang mengakui berlakunya tahrif kepada al-Qur‟an adalah Allamah Husain bin Muhammad Taqiy an-Nuuri at-Thabarsi bilamana beliau menukilkan kata-kata Sayyid Ni’matullah al-Jazaairi di dalam kitabnya Al-Anwar An-Nu’maniyyah yang berbunyi :
“Sesungguhnya tokoh-tokoh Syiah telah sepakat tentang sahihnya hadith-hadith yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan terhadap al-Qur’an.” (Fashlul Khitab Fi Tahrif Kitabi Rabbil Arbab, hlm. 31.)
3. Aqidah al-Imamah dan al-Walayah
Syiah bahawa
Imam-Imam dua belas itu dilantik berdasarkan nas dan mereka adalah maksum serta wajib ditaati.
Menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah,
HANYA para nabi dan Rasul sahaja yang maksum.
Kepercayaan Imam itu maksum menjadi salah satu rukun iman dan dianggap terpenting dari antara rukun-rukun Islam yang lain. Kepercayaan ini terdapat dalam KESEMUA kitab Syi’ah terutamanya kitab al-Kafi.
Al-Kulaini meriwayatkan dari Fudhail dari Abi Jaafar A.S. Kata beliau : “Islam ditegakkan di atas lima perkara; sembahyang, zakat, puasa, haji dan walayah. Tidak ada satu pun daripada rukun-rukun yang tersebut yang diseru sebagaimana seruan yang diberikan kepada al-Walayah. Lalu manusia mengambil keempat-empatnya dan meninggalkan yang ini, iaitu walayah. (Usul al-kafi, t.t.p.Jilid 2: Intisyarat „ilmiyyah Islamiyyah, hlm. 20.)
4. Aqidah Takfir as-Sahabah
KESEMUA kitab-kitab Syiah yang dianggap muktabar oleh puak Syiah mengatakan para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wassallam telah murtad dan kafir khususnya Saiyidina Abu Bakar As Siddiq ra, Saiyidina Umar Al Khatab ra, Saiyidina Osman bin Affan ra. Maka wajib bagi SEMUA pengikut Syiah, mengkafirkan, melaknat, memaki, mengutuk dan berlepas tangan dari mereka. (Sila rujuk mana-mana kitab Syiah, anda akan menemuinya).
”Semua manusia adalah murtad selepas kewafatan nabi saw kecuali tiga orang. Aku (perawi) bertanya: siapakah yang tiga itu? lalu abu ja’far (muhammad al-baqir) menjawab miqdad al-aswad, abu dzar, dan salman al-farisi…”(Ar-raudhah min al-kafi jilid 8 hlm 246) ….
Note : Dalam hadis palsu ini, Syiah Laknatullah berdusta dan memfitnah Abu Ja’far (Muhammad Al Baqir)
Kebanyakan para sahabat adalah munafik tetapi cahaya nifaq mereka tersembunyi di zaman mereka. Tetapi apabila wafat nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq mereka itu melalui
wasiat Nabi SAW dan mereka itu kembali secara mengundur ke belakang, dan karena ini Saidina Ali berkata; “Semua manusia murtad selepas wafat nabi s.a.w kecuali empat orang saja yaitu Salman, Abu Zar, Miqdad dan Ammar, dan perkara ini tidak ada masalah lagi.”(Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi juz 27, hal 64-66) ….
Note : Hadis palsu ciptaan Syiah Laknatullah.
Ayatollah Khomeini Laknatullah dalam kitabnya Kasyful Asrar hal. 113-114 (cet. Persia) menuduh para shahabat kafir (Shurtani Mutadhadataani oleh Abul Hasan All Al-Hasani An-Nadwi : Aqaidus Syi’ah fii Miizan hal. 85-87 oleh DR Muhammad Kamil Al-Hasyim cet. I th, 1409H/1988M)
5. Ar Raj’ah
Syiah beriktiqad, para Imam akan dibangkitkan sebelum kiamat untuk menuntut bela dan menghukum orang-orang zalim yang telah merampas hak-hak mereka. Kepercayaan ini merupakan perkara yang telah diijmakkan oleh para ulama‟ Syiah. Antaranya Syeikh Mufid menyebutkan:
“Golongan Imamiah sependapat tentang wajibnya raj’ah (kembali) sebahagian besar dari orang-orang mati ke dunia sebelum qiamat.” (Awaailu al-Maqaalat, hlm 52).
6. Syiah Beriktiqad bahawa Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah KAFIR
Syiah beriktiqad golongan Ahli Sunnah yang berpegang dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah sebagai kafir dan lebih dahsyat kekufurannya daripada iblis. Syeikh Mufid berkata : “Golongan Imamiah sepakat bahawa semua pendokong-pendokong bidaah adalah kafir.” (Awaailu al-Maqalat, hlm. 15)
Ibnu Babwaih al-Qummi yang dianggap sebagai Syeikh Shaduq (Syeikh yang sangat benar) berkata : “Orang yang tidak menerima (tidak mempercayai) Imam Ghaib adalah lebih kafir dari iblis.” (Ikmalu ad-Din, hlm. 13.)
7. Syiah Beriktiqad bahawa Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah anak zina
Syiah beriktiqad, Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah anak zina kecuali mereka. Al-Kulaini meriwayatkan dalam al-Kafi bahawa manusia semuanya adalah anak zina kecuali Syiah kita.” (Ar-Raudhah min al-Kafi, hlm. 135.)
8. Ahlus Sunnah Wal Jamaah lebih hina dari anjing
Mulla Baqir al-Majlisi menulis :“Mereka (Nashibi atau ahli Sunnah) lebih jelik dari anak zina, sesungguhnya Allah tidak mencipta binatang yang lebih hina dari anjing tetapi Nashibi adalah lebih hina daripadanya lagi.” (8Haqqu al-Yaqin, jilid 2, hlm. 536.)
9. Nyawa dan harta Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah halal
Syiah menganggap harta ahli Sunnah adalah halal, boleh dicuri dan boleh dirampas. Mereka hanya perlu mengeluarkan khumus daripada harta Ahli Sunnah yang dirampas itu. At-Thusi meriwayatkan dari Abi Abdillah, kata beliau : “Ambillah harta Nashibi di mana sahaja kamu temui dan keluarkanlah 1/5 daripada harta yang diambil itu kepada kami.” (Tahzibu al-Ahkam, jilid 4, hlm. 122-123.)
“Daripada Daud bin Farqad, katanya aku bertanya kepada Abu Abdullah a.s.: Apakah hukumnya membunuh al-Nasibi- maksudnya ahli sunnah? Jawabnya: Halal darahnya, tetapi aku ingatkan engkau jika dapat hempapkan dinding atasnya atau engkau lemaskannya di dalam air maka lakukanlah supaya tidak dilihat oleh orang lain. Aku bertanya lagi: Apa pendapatmu tentang hartanya. Jawabnya: Binasakanlah apa sahaja yang engkau dapat lakukan.” (`Ilal al-Syara’i` halaman 601 cetakan Najaf)
Nikmatullah Al Jaziri, seorang ulama besar Syiah menulis dalam kitabnya :
“
Harus membunuh mereka (Ahli Sunnah) dan harta-harta mereka adalah halal.” (al-Anwar al-Nu`maniyyah (2/307)
10. Syiah menolak hadis-hadis sahih dan mencipta hadis palsu.
Syiah menolak hadis-hadis yang diriwayatkan oleh muhaddis Ahli Sunnah wal Jamaah, seperti Imam Bukhari, Muslim, Turmizi dan yang lainnya. Sebaliknya Syiah mencipta hadis palsu dan mendakwa Imam-imam mereka yang meriwayatkan hadis palsu berkenaan. Lebih-lebih lagi Syiah beriktiqad, Imam Syiah adalah maksum dan menerima wahyu. Keyakinan bahawa para imam maksum menjadikan semua perkataan yang keluar dari mereka adalah sahih. Maka tidak diperlukan menyandarkan sanadnya kepada Rasulullah s.a.w sebagaimana di kalangan Ahlu Sunnah wal-Jamaah. Lihat: Tarikh al-Imamiyah. Hlm. 140. oleh Abdullah Faiyad.
11. Syiah Mewajibkan Taqiyah
Taqiyah (dissimulation) adalah satu prinsip yang diyakini oleh syiah Imamiyah. Berpegang kepada taqiyah adalah wajib bagi setiap penganut Syiah. Ianya adalah satu sikap yang menyembunyikan kebenaran yang (kononnya) jika didedahkan akan membawa kemusnahan diri atau agama seseorang Syiah.[Al-Qummi, terjemahan Asaf .A Fyze. Hlm. 71.]
Pada mulanya taqiyah dilakukan kerana takut terjadinya penindasan dari pihak pemerintah. Tetapi selanjutnya diamalkan untuk menipu, berbohong dan seterusnya untuk menghalalkan sesuatu yang haram atau sebaliknya.
Orang-orang Syiah akan menyamar sebagai Ahli Sunnah secara taqiyyah untuk memerangkap Ahli Sunnah yang kurang faham akan agama mereka. Tujuannya supaya dapat dirosakkan fahaman, akidah dan amal ibadahnya.
Taqiyah sudah menjadi rukun Islam bagi Syiah.
“Taqiyah adalah agamaku dan agama nenek moyangku. Dan tidak beragama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyah”.[ Usul Min Kafi. (2/219)]
12. Syiah mewajibkab nikah Mut’ah
Syiah menghidupkan amalan jahiliah atas nama Islam dengan mengemukakan syariah mut‟ah, meminjam dan menyewakan faraj dan menghalalkan amalan kaum Luth dengan isteri-isteri mereka. Kedudukan mut‟ah ini begitu penting dalam syariah Syiah . Seseorang itu tidak dianggap sebahagian dari mereka selagi ia tidak menganggap halal amalan mut‟ah.
Al-Kulaini meriwayatkan KONONNYA dari Ja‟afar bin Muhamad al-Baqir bahawa beliau berkata “Bukan dari kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj‟ah (kebangkitan semula kami para Imam sebelum kiamat untuk menghukum orang yang menentang dan memusuhi Ahlul Bait) dan tidak menganggap halal mut‟ah kita.” [ Man La Yahdhuru al-Faqih, jilid 3, hlm. 458, Muntaha al-Amal-Syeikh Abbas al-Qummi, jilid 2, hlm.341.]
13. Syiah Menghalalkan Menyewa Faraj
Syiah berpendapat harus menyewakan faraj dan menghadiahkan kepada sahabat handai. At-Thusi meriwayatkan dari Abu Hasan bahawa dia berkata : “Aku bertanya Abi Abdillah A.S. tentang peminjaman faraj. Dia menjawab : “Tidak mengapa.” Dengan pembohongan dan pendustaan yang sedemikian itu pada hakikatnya Syiah mahu membuka pintu pelacuran dan perhubungan seks secara bebas tanpa sebarang sekatan dengan seluas-luasnya. [ Al-Istibsr, jilid 3, hlm. 141. ]
14. Syiah menghalalkan Liwat
Diriwayatkan juga dari Abu Hasan ar-Ridha (Imam Ma‟sum yang kelapan) satu riwayat yang lebih jelas dan lebih jelik daripada riwayat di atas, kerana at-Thusi meriwayatkan bahawa beliau (al-Ridha) ditanya oleh seseorang lelaki tentang seorang yang mendatangi isterinya dari belakang (pada dubur). Al-Ridha menjawab : “Satu ayat dalam kitab Allah telah menghalalkannya” [ Al-Furu‟ Min al-Kafi, jilid 5, hlm. 40, al-Istibsar, hlm. 243 – 244 ]
Begitulah SEBAHAGIAN dari kesesatan yang nyata ajaran Syiah.
Sesungguhnya ajaran Syiah ini adalah sesat, menyesatkan, rosak aqidah, terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan dilaknat ALLAH.
Wallahua’lam